BERITA LIVESTOCK

EDISI KHAS 2026

Kembali Berita

RISDA LIVESTOCK · 24 September 2026

LAWATAN CHIEF OPERATING OFFICER RLSB KE LADANG RISDA BERA

24 SEPTEMBER 2026 | KHAMIS | BERA, PAHANG

LAWATAN CHIEF OPERATING OFFICER RLSB KE LADANG RISDA BERA

Penternakan Lembu

Kandungan penuh

Chief Operating Officer (COO) RISDA Livestock Sdn. Bhd. (RLSB), En. Erwan Hj. Arshad, telah mengadakan lawatan ke Ladang RISDA Bera, Pahang bersama Pengurus Zon Tengah, En. Zainal Abidin Jamaludin.

Lawatan ini memberi tumpuan kepada pemantauan perkembangan dan keadaan lembu yang ditempatkan di ladang, khususnya lembu-lembu bagi Program Hasil Baharu Agromakanan.

Sepanjang lawatan, pemantauan telah dibuat terhadap keadaan fizikal dan kesihatan ternakan. Alhamdulillah, keadaan keseluruhan lembu didapati sihat dan berada dalam keadaan baik, sekali gus memberi kepuasan kepada pihak pengurusan.

Pemantauan secara berkala akan terus dilaksanakan bagi memastikan kebajikan, kesihatan dan prestasi ternakan sentiasa berada pada tahap yang baik.

RLSB | Memacu Industri Ternakan, Memperkasa Agromakanan

LAWATAN CHIEF OPERATING OFFICER RLSB KE LADANG RISDA BERA