BERITA LIVESTOCK

EDISI KHAS 2026

Kembali Berita

RISDA LIVESTOCK · 15 Oktober 2026

550 EKOR LEMBU PROGRAM PENGGANDA30 RISDA Livestock Sdn. Bhd. SELAMAT TIBA DI MALAYSIA

15 OKTOBER 2026 | KHAMIS | PERLABUHAN KLANG, SELANGOR

550 EKOR LEMBU PROGRAM PENGGANDA30 RISDA Livestock Sdn. Bhd. SELAMAT TIBA DI MALAYSIA

Penternakan Lembu

Kandungan penuh

Alhamdulillah, sebanyak 550 ekor lembu bagi Program Pengganda30 RISDA Livestock dari Darwin, Australia telah selamat tiba sepenuhnya di Malaysia pada 15 Oktober 2026.

Ketibaan lembu-lembu tersebut turut disaksikan oleh Ketua Pegawai Operasi RISDA Livestock Sdn. Bhd. (RLSB) En. Erwan Bin Hj. Arshad yang hadir bagi menyaksikan proses penerimaan dan memastikan urusan kemasukan lembu berjalan dengan lancar.

Kejayaan ini merupakan satu langkah penting dalam menjayakan pelaksanaan Program Pengganda30 RISDA Livestock, sekali gus memperkukuh usaha pembangunan industri penternakan lembu serta meningkatkan bekalan ternakan tempatan.

Semoga usaha ini terus membuahkan hasil dalam memperkasa sektor penternakan negara dan menyokong agenda pembangunan industri ruminan Malaysia.

550 EKOR LEMBU PROGRAM PENGGANDA30 RISDA Livestock Sdn. Bhd. SELAMAT TIBA DI MALAYSIA