PIAGAM PELANGGAN
Piagam Pelanggan
Kualiti & Kesihatan
Memastikan ternakan yang dibekalkan berkualiti, sihat dan menepati spesifikasi berdasarkan pemeriksaan serta rekod kesihatan yang berkaitan.
Syarat Ibadah
Memastikan ternakan bagi program korban memenuhi syarat kelayakan ibadah korban dari segi jenis, umur, tahap kesihatan dan bebas daripada kecacatan yang menjejaskan kelayakannya menurut hukum syarak.
Pengurusan Amanah
Melaksanakan pengurusan ibadah korban, termasuk pemilihan ternakan, penyembelihan, pengendalian dan pengagihan daging secara amanah, telus serta mematuhi kehendak syariah, kebajikan haiwan dan keselamatan makanan.
Ternakan Pembiakan
Membekalkan ternakan pembiakan yang berkualiti, sihat dan menepati spesifikasi baka, jantina, umur serta status reproduktif yang dipersetujui bersama pelanggan.
Piawaian Biosekuriti
Memastikan pengurusan kesihatan ternakan, kebajikan haiwan dan biosekuriti dilaksanakan mengikut perundangan, piawaian serta amalan terbaik industri.
Ketelusan Maklumat
Memberikan maklumat yang jelas, tepat dan telus berhubung spesifikasi ternakan, harga, pakej perkhidmatan, status tempahan dan pelaksanaan program.
Perkhidmatan Dipersetujui
Menyampaikan ternakan, produk dan perkhidmatan berdasarkan spesifikasi, tempoh serta syarat yang dipersetujui.
Layanan Profesional
Memberikan layanan yang profesional, mesra, responsif dan berintegriti dalam setiap urusan pelanggan.