← Kembali ke kerjaya RISDA Livestock

Iklan Kerjaya

JAWATAN KOSONG - Penyelia Ternakan

JAWATAN KOSONG - Penyelia Ternakan

Maklumat jawatan

JAWATAN KOSONG

Semua staf Syarikat Kumpulan RISDA Holdings dan warganegara Malaysia adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di RISDA LIVESTOCK SDN. BHD. seperti maklumat berikut:

  • Jawatan: Penyelia Ternakan

  • Gred: TG3

  • Tangga Gaji: RM1,700.00 – RM3,419.00

  • Taraf Jawatan: Tetap

  • Kekosongan: Zon Utara, Zon Selatan & Zon Tengah

SYARAT DAN KELAYAKAN AKADEMIK SERTA PENGALAMAN

  1. Warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 21 tahun.

  2. Sekurang-kurangnya mempunyai kelulusan SPM/SPMV dan keutamaan kepada calon yang memiliki Sijil SKM Ruminan Tahap 3 ataupun Sijil Veterinar.

  3. Mampu bekerja di bawah penyeliaan dan pengawasan minima.

  4. Memiliki lesen kenderaan kelas B2 dan D.

  5. Calon yang sedang berkhidmat di Syarikat Kumpulan RISDA Holdings (KRH) wajib mengisi CV dalam sistem HIS (employee info), markah penilaian prestasi tahun terkini dan dokumen berkaitan. Permohonan jawatan ini perlu disokong dengan surat perakuan daripada Ketua Pusat Tanggungjawab masing-masing.

CARA PERMOHONAN

  1. Permohonan hendaklah dibuat secara bersurat dengan menyertakan dokumen berikut:

    • Resume.

    • Salinan kad pengenalan.

    • Salinan surat beranak.

    • Sekeping gambar berukuran saiz pasport.

    • Salinan sijil akademik.

    • Salinan sijil kemahiran.

    • Lain-lain salinan sijil serta dokumen sokongan yang berkaitan.

  2. Permohonan daripada calon yang sedang berkhidmat di Syarikat Kumpulan RISDA Holdings (KRH) perlu dibuat melalui Ketua Pusat Tanggungjawab masing-masing.

  3. Permohonan lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut:

    RISDA LIVESTOCK SDN. BHD.

    No. 39-2, Tingkat 2, RISDA ESTATES 2,
    Jalan Sulaiman 3, Taman Putra Sulaiman,
    68000 Ampang.

    (U/P: Jabatan Pentadbiran dan Sumber Manusia)

  4. ATAU permohonan boleh dihantar melalui emel kepada:

    admin@risdalivestock.com.my

    Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon pada tajuk emel.

  5. Bagi permohonan melalui pos, sila nyatakan jawatan yang dipohon di penjuru kiri sampul surat.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

19 OKTOBER 2026

Sila hantar permohonan sebelum atau pada tarikh tersebut.

PERHATIAN

  1. Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak mengikut syarat akan ditolak.

  2. Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temu duga.